1. Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan
melihat wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang
berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia
juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip
sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan
berbohong, kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih
banyak mengerdipkan mata.
2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya, jika
sedang meninggi, ertinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu
lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.
3. Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan.
Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan. Tapi ada satu
yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu. Biasanya
tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.
4. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya
akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga
dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap
dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada
sesuatu yang diselindungkannya.
5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta
pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti
sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut
berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan
sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas
tindakannya itu.
7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk ke tanah.
Semasa pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan
mengayun-ayunkan kaki mereka.
8. Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap
dan pilihan kata-kata mereka. Para pembohong biasanya menggunakan
kata-kata yang sukar difahami. Mereka jarang menggunakan kata ganti
orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga.
Sebuah kajian pada 2003 oleh penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan
selain mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku), mereka juga
menggunakan kata-kata yang memberi kesan negatif.
9. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya.
Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi
resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan,
ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
10. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila
berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari
segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba
menghalangnya.
11. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang
sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.
12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan
pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang
akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk
mengetahuinya,cubaanda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat
dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk
menjawab pertanyaan seperti ini.
13. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita
sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap
memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya
dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada
mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk
disampaikan.
14. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi
tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati
tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu
berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya
dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya
berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin
merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%. Selidik dahulu
perkara tersebut sedalam-dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang
terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.
Jumat, 06 September 2013
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
Tidak ada komentar :
Posting Komentar